Design blog

Blogger Design Blog
Username dan password di wordpress

Username dan password di wordpress

Ramai client saya yang tak berapa jelas bila saya tanya apakah username dan password yang mereka mahu guna di blog yang saya akan binakan untuk mereka.

username dan password

Meraka tak salah, ini kerana kebanyakkan dari mereka dah biasa dengan blogspot, di blogspot kita guna email address dan password, bukan username dan password.

Tapi kalau di wordpress (self-hosted), username dan password lebih penting walaupun kita masih boleh login menggunakan email dan password.

Ini kerana username kita akan menjadi identiti kita. Secara default, username yang akan dipaparkan pada post sebagai nama pengarang atau author bagi entri yang kita tulis di blog.

Username kita juga akan wujud di url archive post kita “http://domainanda.com/author/username/”

Username haruslah dalam bentuk 1 patah perkataan sahaja, contoh : alongxp. atau sayabukancikgu atau sifuphotoshop

Elakkan menggunakan username admin kerana itu adalah username pertama yang akan dicuba oleh penggodam.

Tak salah untuk anda menggunakan username yang anda biasa gunakan, kerana macam mana pun ianya akan dipaparkan, yang penting gunakan password yang kukuh

Gunakan password yang susah

Password yang susah adalah password yang panjang, dengan gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol.

Contoh:

ericsonT252005!

nokia3310!AKU

kalau boleh elakkan menggunakan perkara yang boleh dilihat dengan jelas oleh orang lain, contohnya model telefon yang anda sedang guna, nombor telefon anda, nombor plat kenderaan anda.

Lebih elok anda cipta password yang anda sendiri susah nak ingat, salin password tu dan simpan di satu tempat yang selamat.

Apa pun, cadangan username dan password ini cuma sekadar nasihat dan cadangan sahaja. Anda berhak menentuka username dan password anda sendiri. Yang kena hack blog anda sendiri.

Walaupun sesebuah laman web atau blog tu boleh dihack dengan pelbagai cara dan bentuk, sekurang-kurangnya kita tak lah memudahkan kerja si penggodam tu kan?

Ibarat sebuah kereta, buatlah macam mana pun, tetap juga boleh dicuri. Tapi kenapa anda kunci kereta anda? kerana tak nak memudahkan kerja pencuri kan?

Macam tu jugalah laman web dan blog. Zaman ini zaman IT, laman web dan blog ni dah jadi satu cabang media penting dan antara rujukan utama.

Jadi, cubalah jaga dengan baik.

Leave a Reply