Design blog

Blogger Design Blog
Site Title atau Nama blog

Site Title atau Nama blog

Pening jugak nak terangkan apa benda Site Title atau Nama blog ni. Benda ni nak kata penting tu, taklah penting sangat rasanya. Tapi… nak kata tak penting, agak penting jugaklah sebab dia ada memberi kesan sedikit sebanyak dalam SEO.

Sebenarnya bila kita buka laman web atau blog, kita akan nampak benda tu kat title bar browser kita, cuma mungkin kita tak berapa nak ambil kisah sangat benda tu. Tapi bagi seorang owner blog atau laman web, kita perlu tahu sebab itu adalah identiti laman web atau blog kita

site title di browser

Gambar diatas adalah contoh site title salah satu blog saya di title bar di browser.Yang mana Alongxp.com adalah site title dan Blog Peribadi yang best pulak adalah Tagline blog tu

Dan itulah salah satu fungsi site title. Ia akan memaparkan nama laman web atau blog yang dilawati.

Kalau korang buka mana-mana entri dalam blog tu, akan terlihat pada tab di browser tu nama entri dan site titke blog saya.

Gambar-gambar dibawah adalah contoh dimana Site Title akan muncul di dalam enjin carian.

 

contoh site title dalam search result contoh nama blog dalam search result

Antara contoh lain yang boleh buat anda faham:

Site Title bagi images.google.com adalah Google Images

Site Title bagi mail.google.com adalah Gmail

Nampak tak fungsi Site Title? senang cerita, site title adalah satu nama yang orang akan sebut tentang blog anda. atau identiti blog anda.

Apakah yang mereka akan search bila terfikir tentang blog anda? Itulah yang mampu saya gambarkan tentang Site Title

Leave a Reply