Design blog

Blogger Design Blog
nak ada https atau http sahaja?

nak ada https atau http sahaja?

nak ada https atau http sahaja? ok, yang ni soalan yang susah nak jawab, sebab dia sangat teknikal. Tapi kesimpulannya, saya cadangkan gunalah https kalau ada keupayaan tu.

Keupayaan yang macam mana yang saya maksudkan tu? Keupayaan yang saya maksudkan adalah jika anda ada budget untuk beli sijil ssl yang membolehkan anda untuk menggunakan https pada domain anda atau…

Anda dapat free macam yang netkl tawarkan pada pengguna cpanel mereka.

ada https atau tak ada https

https tu apa? https tu adalah singkatan dari HyperText Transfer Protocol Secure. Tambahan dari Hypertext Transfer Protocol (http) yang bermaksud hubungan antara peranti yang melayari laman web dan laman web tu di ‘encrypt’ jadi hubungan tu lebih selamat berbanding http(tanpa s).

Tak faham? jangan risau, saya pun agak pening nak menerangkan.

Secara jelasnya, beza kalau ada https dengan tak ada https boleh dilihat di address bar.

Contoh ada https

ada httpsyang ni contoh blog yang ada ssl atau https, akan ada mangga bewarna hijau di tepi alamat url laman web atau blog tu. Dan perhatikan, “https://” juga kelihatan sebelum domain.

tak ada https

Manakala ini pula yang tiada ssl atau https, tiada mangga hijau dan tiada http:// dipaparkan.

Kedua-dua contoh diatas menggunakan browser mozilla firefox.

https chrome selamat

Manakala ini pula contoh blog yang ada ssl atau https:// yang dilayari menggunakan Google Chrome yang dah di ‘setting’ menggunakan antara muka bahasa melayu. Maka terdapat perkataan ‘selamat’ bewarna hijau disitu.

Selain dari itu, dari sudut SEO, google akan memutamakan laman web atau blog yang mempunyai https atau ssl, seperti yang telah dinyatakan dalam blog rasmi google. Baca di sini

 

 

Leave a Reply