Design blog

Blogger Design Blog

Ada www atau tak ada www?

Persoalan yang susah untuk dijawab. Nak ada www atau tak ada www? Apa yang buat susah adalah citarasa setiap orang berbeza.

ada www tak ada www

Nak buat laman web ada www atau tak ada www sebenarnya citarasa masing-masing. Ianya lebih kepada paparan visual, nampak lebih cantik, lebih kemas, lebih segak sama ada guna www atau tak guna www untuk alamat laman web.

Bila kita beli domain, tak ada pun pilihan nak ada www atau tak ada www. Pilihan yang ada masa beli domain, kita nak guna nama domain apa dan tld apa?

Contohnya macam blog yang anda baca sekarang ni. Masa saya beli domain, saya nak nama domain sayablogger dan tld nya pula .com

Jadilah sayablogger.com.

kemudian saya cipta pula satu blog dengan subdomain design. Jadilah design.sayablogger.com

Macam blog-blog saya yang lain:

alongxp.com – tak ada www

www.sayabukancikgu.com – ada www

www.sayablogger.com – ada www

www.sifuphotoshop.com – ada www

Tapi… kesemua blog saya tu, kalau anda buka browser, sama ada taip ada www atau tak ada www, tetap boleh masuk.

Contoh: anda taip www.alongxp.com dan tekan enter, secara automatik anda akan masuk ke blog Alongxp.com dan www tadi akan hilang.

Sama juga dengan sayabukancikgu.com , kalau anda taip sayabukancikgu.com , tanpa meletakkan www dihadapan, dan anda tekan enter, secara automatik, dengan ajaibnya, www akan muncul di hadapan sayabukancikgu.com.

Maknanya, tak jadi masalah samaada ada www atau tak ada www, kalau orang taip dengan atau tanpa www pun, mereka akan tetap masuk ke blog anda. Jangan risau.

kalau anda taip url blog anda di facebook, sama ada ada www atau tak ada, preview blog anda akan muncul juga, semua ni sebab ada setting untuk benda ni yang saya akan buat sekali bila bina laman web atau blog.

Ada www atau tak ada www

Ada atau tak ada www tu sebenarnya terpulang kepada anda. Ia cuma lebih kepada paparan. Kalau anda suka lihat url blog anda ada www, pilih untuk letak www, kalau rasa tak ada www lebih menarik, pilih untuk taknak guna www.

Tak ada masalah.

Leave a Reply